Sarawak 4 Sarawakian

Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

S4S Discusstion Forum


    Sarawak bakal guna Inggeris sebagai bahasa rasmi kerajaan

    avatar
    Admin
    Admin


    Posts : 3
    Join date : 18/11/2015

    Sarawak bakal guna Inggeris sebagai bahasa rasmi kerajaan Empty Sarawak bakal guna Inggeris sebagai bahasa rasmi kerajaan

    Post by Admin Thu Nov 19, 2015 2:12 am

    Sarawak bakal guna Inggeris sebagai bahasa rasmi kerajaan Adenan-600x360

    Sarawak akan menjadi negeri pertama yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa perantaraan rasmi kerajaan.

    Ketua Menterinya, Tan Sri Adenan Satem berkata selain itu, agensi-agensi kerajaan juga akan diberi pilihan untuk menggunakan Bahasa Malaysia di samping bahasa Inggeris dalam dokumen rasmi.

    “Pendirian saya kuat terhadap bahasa Inggeris telah mengguris sebahagian daripada nasionalis yang menuduh saya sebagai anti-nasionalis dan anti-patriotik. Bagi saya ini hanya menjadi realistik,” kata Adenan pada pelancaran Hari Perkhidmatan Awam Sarawak 2015 di Pusat Konvensyen Borneo hari ini.

    Adenan berkata, laporan berita baru-baru ini menyatakan lebih daripada 1,000 doktor di negara ini meninggalkan kerjaya mereka selepas tamat pengajian disifatkan sangat menyedihkan dan bukti bahawa bahasa Inggeris tidak boleh diketepikan.

    “Apa yang paling teruk apabila seramai 45,000 graduan mengganggur tidak boleh mendapat pekerjaan yang betul kerana ketidakmampuan mereka untuk bertutur dan menulis Bahasa Inggeris yang baik. Saya cuba menjadi praktikal di sini, jika kita tidak menangani masalah ini, kita akan menjadi seperti India satu hari nanti di mana pemegang ijazah sarjana terpaksa memandu teksi untuk menyara hidup,” kata Adenan di hadapan 7,500 penjawat awam di negeri ini.

    Sementara itu, Adenan mahu semua kakitangan awam di negeri ini termasuk agensi-agensi persekutuan menjalankan dan melaksanakan projek-projek penting kerana mereka adalah tulang belakang kerajaan.

    “Jika anda tidak melakukan seperti yang diharapkan, anda boleh menyebabkan kerajaan tidak berfungsi, menjadikan kerajaan kelihatan agak tidak berkesan dan tidak cekap.
    “Semua pegawai yang berkhidmat dalam Agensi Persekutuan juga perlu menjalankan tanggungjawab mereka untuk negeri ini. Tetapi jika Putrajaya tidak endah saranan ini, kami akan membawa hal ini ke Parlimen dan menjadikannya sebagai isu politik. Lakukan yang terbaik apabila anda berada di Sarawak,” kata Adenan.


    Sumber: http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/11/18/sarawak-bakal-guna-inggeris-sebagai-bahasa-rasmi-kerajaan/

      Current date/time is Tue May 07, 2024 8:01 pm